Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

19 November 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

33

Soalan

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah Kementerian akan memulakan “dredging” di kuala Sungai Limbang yang semakin tohor dan mendap untuk mengatasi masalah banjir di bandar Limbang dan perkampungan di sepanjang sungai Limbang semasa air pasang besar dan musim hujan.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Tender bagi Kerja-kerja Pengorekan Muara Sungai Limbang telah diiklankan pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, projek tidak dapat diteruskan memandangkan projek tersebut perlu mendapat kelulusan pertapakan daripada State Planning Authority (SPA) sebelum kerja-kerja dilaksanakan di tapak. Kelulusan daripada SPA telah diperolehi pada 9 April 2018. Pada masa ini, projek tersebut belum ditawarkan berikutan arahan Kementerian Kewangan (MOF) untuk membuat penilaian semula semua projek/ tender dan dijangka di tender semula pada tahun 2019.

Sekian, terima kasih.​

Attachments