Tuan Yang di- Pertua,
1. Tender bagi kerja-kerja pembaikan tanah runtuh di 23 lokasi bagi projek Empangan Mengkuang telah dikeluarkan pada 25 September 2018 dan akan ditutup pada 30 Oktober 2018. Kerja-kerja pembaikan ini akan mengambil masa 4 bulan daripada tarikh milik tapak oleh pihak kontraktor dan dijangka siap pada hujung bulan April 2019.
2. Manakala Fasa 2A iaitu Projek Menaik taraf Rumah Pam Mak Sulong telah siap sepenuhnya pada 28 September 2017. Pengoperasian rumah pam dengan kapasiti pengepaman 200 – 400 MLD ini dijangka dapat diserahkan kepada Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang pada akhir bulan November 2018.
3. Fasa 2B iaitu Projek Penyaluran Air Mentah Dari Stesen Pam Mak Sulong Ke Terusan Sg. Dua (Fasa 2B) pula berada di peringkat pengambilan tanah oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) Pulau Pinang. Projek ini dijangka dapat ditender pada hujung bulan Disember 2018 dan mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan iaitu pada hujung bulan September 2020.
Sekian , terima kasih.