Tuan Yang di- Pertua,
1. Berdasarkan statistik dari Malaysia Water Industry Guide 2018, jumlah loji yang ada di seluruh negara adalah sebanyak 508 bilangan dengan kapasiti reka bentuk berjumlah 19,763 JLH. Loji-loji ini masih berfungsi dengan baik dengan purata pengeluaran air terawat sebanyak 16,881 JLH.
2. Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) sedar akan kewujudan LRA lama, di mana kemampuan loji-loji ini perlu dikaji semula dari aspek keadaan fizikal loji itu sendiri, kemampuan kapasiti pengeluaran bagi menampung kenaikan permintaan, teknologi rawatan dengan kemunculan bahan pencemar, dengan izin, new pollutants baharu serta kepatuhan kepada mutu air minum yang lebih ketat dan sebagainya.
3. Sehubungan dengan ini, antara fokus utama KATS dalam merangka pelan pembangunan bekalan air negara ialah kerja-kerja naik-taraf LRA sedia ada di samping pembinaan LRA baharu di seluruh
3
negara yang dilengkapkan dengan teknologi terkini bagi menjamin kelangsungan jaminan bekalan air terawat negara.
Sekian, terima kasih.