Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

26 November 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

44

Soalan

​Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah langkah-langkah pendek projek tebatan banjir di sungai, Sungai Pinang Jelutong, Pulau Pinang dijangka dilaksanakan bagi tujuan mengelakkan kejadian banjir di kawasan Datok Keramat, Sungai Pinang dan kawasan parlimen Jelutong secara amnya.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Langkah jangka pendek yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah banjir adalah melalui kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala terhadap sistem saliran.
Kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan juga menyalurkan peruntukan mengikut keutamaan dan kawasan-kawasan yang kritikal berdasarkan permohonan daripada Negeri bagi penyelenggaraan sungai-sungai yang berisiko banjir.

Sekian, terima kasih.​

Attachments