Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

27 November 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

26

Soalan

​Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah Kementerian untuk memulihkan alam sekitar dan ekosistem yang rosak akibat pembalakan dan penebangan hutan yang berleluasa di Hutan Simpan Bukit Enggang, Rimba Teloi Sik serta jajaran Hutan Simpan Ulu Muda yang menjadi tempat tadahan air untuk penduduk Kedah dan Pulau Pinang.

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,

Aktiviti pembalakan dan penebangan hutan di Hutan Simpan Bukit Enggang, Rimba Teloi dan Ulu Muda dijalankan mengikut perancangan dan berdasarkan amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB) dan mengikut Kriteria dan Petunjuk Malaysia (MC&I) dan tidaklah seperti yang dinyatakan oleh YB Sik. Pembalakan yang dijalankan dikawasan berkenaan adalah bertujuan untuk:
i. Penubuhan Ladang Hutan; dan
ii. Pengusahasilan secara berkekalan berasaskan Sistem Pengurusan Secara Memilih.
Sehingga tahun 2017, Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan seluas 5,428 hektar untuk tujuan penubuhan ladang hutan pelbagai spesies. Daripada keluasan tersebut, seluas 2,623 hektar telah dibangunkan dan baki daripada kawasan tersebut masih lagi dalam proses kelulusan untuk pengusahasilan.
Manakala pembalakan menggunakan kaedah Sistem Pengurusan Memilih (SPM) yang telah diluluskan adalah seluas 38,134.5 hektar. Daripada keluasan tersebut seluas 14,366 hektar telah dilesenkan dan selesai kerja. Sehingga September 2018 seluas 2,219 hektar lesen pembalakan yang masih aktif di mana 730 hektar daripada keluasan tersebut dilesenkan pada tahun 2018.

Sekian, terima kasih.​


Attachments