Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

29 November 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

1

Soalan

YBTM JAWAB

DATO' ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan komitmen pemantauan jaminan kualiti air dan mencukupi bagi tujuan domestik di kawasan pedalaman seperti Sabah, Sarawak dan Pantai Timur.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Air terawat yang dibekalkan kepada orang ramai perlu mematuhi standard kualiti minimum iaitu Garis Panduan Mutu Air Minum Kebangsaan yang diterbitkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Garis panduan ini menjadi asas kepada penerbitan MS 2320:2010 Malaysian Standard: Drinking Water – Quality Requirements oleh Jabatan Standard Malaysia yang dijadikan sebagai Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan. Kebanyakan nilai parameter yang ditetapkan dalam standard tersebut adalah berdasarkan kepada Garis Panduan Kualiti Air yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO).
2. Sebagai badan kawal selia industri bekalan air di Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bertanggungjawab memastikan kualiti air sentiasa selamat dan terjamin melalui pelaksanaan inisiatif berikut:
(i) Audit sistem bekalan air;
(ii) Pemantauan kualiti air oleh operator-operator air; dan
3
(iii) Pemantauan kualiti air oleh pihak ketiga seperti KKM terutamanya bagi Sabah dan Sarawak yang tidak dikawalselia olen SPAN.
Tuan Yang Dipertua,
3. SPAN juga telah bekerjasama dengan KKM bagi melaksanakan Water Safety Plan iaitu satu kaedah yang diperkenalkan oleh WHO untuk mengenal pasti dan menangani risiko-risiko yang boleh menjejaskan kualiti air dari sumber hingga rumah pengguna. Bagi memastikan kualiti air sentiasa selamat dan terjamin, air dianalisa secara berkala di loji rawatan air serta sistem agihan oleh operator air yang melibatkan parameter fizikal, kimia dan bakteriologi.
4. KKM turut melakukan pemantauan kualiti air bagi memastikan air yang dibekalkan mematuhi had piawaian yang ditetapkan berdasarkan Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan. Daripada pemantauan secara kerap dan rapi oleh operator air dan KKM, bekalan air yang dibekalkan kepada pengguna di negara ini secara amnya mematuhi standard kualiti minimum yang ditetapkan dan adalah bersih dan selamat.

Sekian, terima kasih​

Attachments