Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

03 December 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

34

Soalan

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kerajaan akan mewartakan undang-undang untuk melindungi Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air. Adakah sebuah agensi penguatkuasaan akan diwujudkan untuk menguatkuasakan undang-undang yang diwartakan

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,

Seksyen 10(1)(e) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313), yang diterima pakai oleh semua negeri di Semenanjung Malaysia telah memperuntukkan supaya pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta, mengkelaskan Hutan Simpanan Kekal sebagai Kawasan Hutan Tadahan Air bagi mengekalkan fungsinya sebagai punca bekalan air negara.
Kerajaan Negeri Kedah melalui Warta Kerajaan No. 341 bertarikh 10 Mei 2018 telah mengkelaskan Hutan Simpanan Kekal mengikut Seksyen 10(1) Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 di mana seluas 215,430 hektar dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran dan 126,546 hektar sebagai Hutan Perlindungan. Daripada keluasan Hutan Perlindungan tersebut seluas 110,495 hektar telah dikelaskan sebagai Hutan Tadahan Air di mana seluas 51,064 hektar adalah dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda dan hutan simpan di sekelilingnya. Semua kawasan Hutan Perlindungan di Negeri Kedah telah disenaraikan sebagai kawasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) 1 dalam Draf Rancangan Struktur Negeri Kedah 2035.
Pihak Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil tindakan mengkaji semula persempadanan kawasan Hutan Tadahan Air sedia ada di sekitar kawasan Ulu Muda yang meliputi juga sebahagian kawasan Hutan Pengeluaran sedia ada. Dua sesi konsultasi telah diadakan dan bersetuju mengenal pasti seluas 125,234.48 hektar yang
melibatkan 10 buah HSK untuk diwartakan sebagai Hutan Tadahan Air di bawah subseksyen 10(1)(e), Akta 313 dan juga mencadangkan keseluruhan kawasan di sekitar Ulu Muda juga diwartakan sebagai Hutan Taman Negeri di bawah subseksyen 10(1)(l), Akta 313.

Sekian, terima kasih.​


Attachments