Tuan Yang di-Pertua,
Jumlah peruntukan untuk projek tebatan banjir yang akan disalurkan kepada negeri Pulau Pinang bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM 24.08 juta yang meliputi projek seperti berikut :
1) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang
2) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang
3) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang
4) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pondok Upeh / Sungai Burong, Pulau Pinang
5) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kechil, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang
Peruntukan ini adalah anggaran keperluan aliran tunai projek bagi tahun 2019 yang antaranya merangkumi peruntukan bagi perlantikan perunding rekabentuk terperinci, perlantikan perunding kerja ukur dan penyiasatan tanah serta tender kerja.
Sekian, terima kasih