Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

03 December 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

30

Soalan

​Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perincian Tanah Rizab Melayu yang diwartakan di seluruh negara dan sejauh manakah komitmen serta jaminan Kerajaan dalam memastikan jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu ini praktikal dengan pertumbuhan jumlah penduduk Malaysia.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Urusan perizapan dan pewartaan Tanah Rizab Melayu terletak di bawah bidang kuasa negeri sepertimana yang disenaraikan dalam butiran 2(b) Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan selaras dengan pembahagian bidang kuasa perundangan yang ditetapkan dalam Perkara 74 Perlembagaan.
Peranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) sebagaimana termaktub dalam Seksyen 8, Kanun Tanah Negara, ialah untuk memberi nasihat dan menyelaraskan isu-isu yang berhubung dengan tanah. Dalam konteks ini, tugas JKPTG ialah membantu kerajaan negeri mengemaskini data Tanah Rizab Melayu (TRM).
Oleh yang demikian, maklumat terperinci berhubung keluasan, perizaban dan pewartaan TRM bagi negeri-negeri lebih sesuai dibangkitkan di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri yang berkenaan.
Seterusnya, bagi memastikan jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu ini praktikal dengan pertumbuhan jumlah penduduk Malaysia, maka Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan bahawa Tanah-tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan statusnya hendaklah diganti dengan mana-mana tanah lain yang sama jenis dan keluasan yang tidak melebihi dari keluasan tanah yang dibatalkan itu.
Dalam hal ini, jika penggantian itu melibatkan faktor nilaian tanah, maka, pendekatan sedemikian adalah amalan pentadbiran sebagaimana yang
SOALAN NO. : 30
difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa Negeri bersesuaian dengan kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan iaitu tanah adalah dalam bidang kuasa negeri.

Sekian, terima kasih.​


Attachments