Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

10 December 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

20

Soalan

​Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kementerian akan meneruskan penggubalan undang-undang (Akta) Warisan untuk mengatasi masalah kawalan warisan asli negara, seperti batu, hutan dan warisan asli unik negara, kalau tidak kenapa, kalau ia, bila akan di bawa ke Dewan Parlimen.

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,

Penggubalan undang-undang (Akta) Warisan atau dikenali sebagai Rang Undang-undang Amanah Negara tidak termasuk dalam bidang kuasa Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Kementerian ini berpandangan bahawa perkara ini boleh dirujuk kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri selaku pihak yang bertanggungjawab mengawal selia entiti amanah negara.
Bagi mengatasi masalah kawalan warisan asli negara, perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]. Justeru, Kementerian ini telah menolak cadangan penggubalan RUU Amanah Negara dan tidak akan meneruskan cadangan tersebut.

Sekian, terima kasih​

​​

Attachments