Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

06 December 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

12

Soalan

​​​

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah kajian yang telah atau akan dibuat oleh Kementerian untuk mengenalpasti keadaan geologi negara dan kemungkinan negara ini akan mula mengalami kesan-kesan gempabumi dan jika tidak mengapa.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Pihak Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) sedang menjalankan kajian keadaan geologi yang berkait rapat dengan ancaman gempa bumi melalui Projek Rancangan Malaysia ke-11 iaitu Kajian Sesar Aktif dan kawasan Risiko Gempa bumi bertujuan untuk:
i. Menyediakan maklumat dan inventori sesar aktif serta zon terdedah kepada kejadian gempa bumi
ii. Menentukan lokasi yang sesuai untuk pembinaan Penanda Aras Gempa Bumi yang mengesan pergerakan bumi.
iii. Menilai bahaya sesar aktif dan gempa bumi bagi mengurangkan kesan terhadap pembangunan dan persekitaran
Melalui hasil kajian ini, risiko bahaya kawasan yang berpotensi untuk terdedah kepada ancaman gempa dapat dinilai, keselamatan rakyat setempat dalam menghadapi ancaman gempa bumi dapat dipertingkatkan melalui kesedaran awam dan latih amal respon terhadap bencana gempa bumi serta kepakaran dalam pengurusan geobencana negara dapat dipertingkatkan.
JMG juga dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi serta badan profesional yang berkaitan telah menghasilkan Peta Bahaya Seismik untuk seluruh negara. Peta ini menunjukkan zon-zon yang dijangka mempunyai tahap bahaya berdasarkan kepada nilai PGA (Peak Ground Acceleration) dan akan digunapakai dalam perancangan pembangunan dan rekabentuk bangunan tahan gempa di seluruh negara.

Sekian, terima kasih​

Attachments