Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

05 December 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

15

Soalan

Tuan Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu [ Tambun ] meminta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan hasil kajian WWF-Malaysia menunjukkan populasi Harimau Malaya semakin tergugat. Ancaman ini berpunca antaranya daripada pemburuan haram, terutamanya daripada pemburu dari negara jiran. Apakah tindakan segera yang diperlukan untuk menangani ancaman ini

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sememangnya menyedari bahawa terdapatnya ancaman terhadap populasi spesies Harimau Malaya akibat aktiviti pemburuan haram.
Tindakan segera yang telah diambil adalah seperti berikut;
a) Meningkatkan rondaan dan operasi secara berkala di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti menjadi “hot spot” bagi pemburu haram;
b) Melakukan operasi mencari dan memusnahkan jerat yang dipasang oleh pemburu, di mana tahun 2018 telah diisytiharkan sebagai Tahun Memerangi Jerat;
c) Menjalankan operasi bersepadu bersama Angkatan Tentera Malaysia bagi menangkap warga asing dan tempatan yang menceroboh kawasan perlindungan yang menjadi habitat harimau Malaya dan hidupan liar yang lain;
d) Melaksanakan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (National Tiger Conservation Action Plan) pada tahun 2008. Pelan ini menggariskan strategi pemuliharaan Harimau
Malaya secara holistik dengan menyediakan tindakan khusus sehingga tahun 2020 bagi meningkatkan populasi harimau;
e) Menjalankan kerjasama dengan NGO-NGO seperti Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT) dari aspek penyelidikan, rondaan kawasan perlindungan dan penyaluran maklumat; dan
f) Kerjasama agensi-agensi Negeri yang berkaitan dari segi penguatkuasaan, perlindungan kawasan dan penyelidikan.

Sekian, terima kasih.​

Attachments