Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

05 December 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

22

Soalan

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan projek-projek Kementerian untuk memastikan sistem perparitan dan saliran ditambah baik termasuklah menambah baik masalah ban-ban pecah serta mendap di kawasan Kota Samarahan.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman, kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran di kawasan perbandaran adalah di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan juga menyalurkan peruntukan mengikut keutamaan dan kawasan-kawasan yang kritikal berdasarkan permohonan daripada Negeri bagi penyelenggaraan sungai-sungai yang berisiko banjir.
Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran, telah diluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi kerja-kerja penstabilan tebing di Kampung Tambirat, Asajaya. Kerja-kerja kecemasan penstabilan benteng hakisan sungai di Kampung Tambirat, Asajaya dengan kos RM2.26 juta telah siap dilaksanakan pada 2 Mac 2018 manakala baki kerja berjumlah RM2.74 juta dalam peringkat reka bentuk.
Sekian, terima kasih.​


Attachments