Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

11 December 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

1

Soalan

​​​YBTM

Tuan Wong Tack [ Bentong ]Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan implikasi daripada kenyataan-kenyataan bercanggah tentang sistem pengurusan hutan secara mampan yang memberikan gambaran bahawa ianya telah mengakibatkan penyahhutanan dan kemerosotan hutan dari segi laporan rasmi Malaysia kepada beberapa badan Bangsa-bangsa Bersatu dan peluang untuk mendapatkan bantuan kewangan antarabangsa.

Jawapan

Tuan Yang di- Pertua,
Pihak Kementerian sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasmi dengan memberikan fakta-fakta dan statistik yang betul dan konsisten. Ianya termasuklah juga dengan kenyataan-kenyataan tentang sistem pengurusan hutan yang diamalkan di negara ini. Namun demikian, setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian hendaklah dilihat secara teliti dalam sudut konteks sebenar sesuatu kenyataan yang dimaksudkan.
Kemerosotan hutan umpamanya adalah satu fenomena yang berlaku bukan semata-mata disebabkan oleh pembalakan yang tidak terkawal terutamanya dalam kawasan di luar Hutan Simpanan Kekal (HSK). Ianya boleh juga berlaku dalam kawasan HSK yang diuruskan secara mampan, terutamanya kawasan HSK yang asalnya berstatus Hutan Tanah Kerajaan dan telah beberapa kali dibalak sebelum kawasan ini diwartakan atau dijadikan sebagai HSK. Dalam keadaan sebegini, kawasan-kawasan ini dikategorikan sebagai kawasan terosot dan memerlukan input pengurusan daripada pihak Kementerian atau Agensi Kerajaan untuk meningkatkan semula produktiviti kawasan tersebut melalui aktiviti penanaman pokok. Selain itu, kemerosotan hutan juga berlaku disebabkan pelbagai aktiviti lain seperti insiden kebakaran hutan dan penerokaan hutan secara haram.
Oleh yang demikian, sesuatu kenyataan atau statistik kemerosotan hutan yang dikeluarkan oleh Kementerian tidak membawa maksud
kegagalan negara dalam melaksanakan amalan pengurusan hutan di negara ini gagal.
Secara ringkasnya ingin saya tegaskan di sini bahawa pihak Kementerian mempunyai asas tertentu apabila sesuatu kenyataan dikeluarkan. Pihak Kementerian juga sentiasa bersedia memberikan penjelasan yang sewajarnya kepada pihak-pihak yang memerlukan pencerahan atas sebarang kekeliruan atau percanggahan yang mungkin timbul akibat kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan. Pihak Kementerian juga ingin memaklumkan bahawa setakat ini, tiada implikasi negatif kepada Kerajaan yang menjejaskan permohonan negara untuk mendapatkan bantuan asing akibat daripada kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan.
Sekian, terima kasih.​

Attachments