Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

11 December 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

44

Soalan

Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan :-
(a) sehingga penghujung tahun 2017, berapakah statistik terkini haiwan yang diancam kepupusan ; dan
(b) apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian bagi melindungi haiwan liar yang diancam kepupusan


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
Sehingga penghujung tahun 2017, data yang direkodkan di dalam Red List of Mammals for Peninsular Malaysia, terdapat satu spesies yang telah disenaraikan sebagai pupus atau extinct iaitu Badak Jawa, manakala empat (4) spesies dinilai sebagai critically endangered iaitu Badak Sumatera, Harimau Malaya, Tenggiling dan Banteng. Selain itu, sebanyak 12 spesies dinilai sebagai endangered sementara 14 spesies dinilai sebagai vulnerable, 33 spesies near threatened, 83 spesies least concern dan 76 species data deficient.
Kerajaan amat komited dalam melindungi hidupan liar yang terancam agar tidak pupus. Antara usaha yang dijalankan ialah:
(i) Mewujudkan kawasan perlindungan seperti Taman-Taman Negara dan rezab-rezab hidupan liar bagi keliaran hidupan liar di habitat semulajadi;
(ii) Mewujudkan rangkaian koridor ekologi membentuk satu rangkaian hutan perlindungan yang bersambung bagi membolehkan migrasi hidupan liar.
(iii) Meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) bagi mengenakan hukuman denda yang lebih berat termasuk hukuman sebatan untuk kesalahan menceroboh kawasan rizab-rizab dan kezaliman terhadap hidupan liar.
(iv) Menjalankan program penguatkuasaan secara bersama dengan agensi penguatkuasaan tempatan yang lain dan agensi antarabangsa seperti International Police (INTERPOL) bagi memastikan semua hidupan yang terancam dilindungi daripada dieksploitasi secara tidak terkawal, disamping mencegah penyeludupannya.
(v) Melaksanakan Pelan Tindakan Konservasi Spesies-Spesies Hidupan Liar Terancam seperti Pelan Konservasi Gajah Kebangsaan (NECAP) (2013 – 2022) dan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (NTCAP) (2008-2020) bagi menangani ancaman yang dihadapi oleh gajah dan harimau akibat fragmentasi hutan, kehilangan habitat, pemburuan haram dan pembunuhan hidupan liar oleh orang awam akibat konflik. Sasaran utama Pelan ini adalah untuk mewujudkan keseimbangan antara konservasi hidupan liar tersebut dan aktiviti pembangunan semasa di Semenanjung Malaysia.
(vi) Menjalankan program konservasi hidupan liar secara ex-situ melalui pembiakan di dalam kurungan untuk menyediakan stok hidupan liar bagi program pelepasan semula ke habitat semulajadi. Antara spesies yang berjaya dibiak dan dilepaskan ke habitat semulajadi adalah seladang, tapir, rusa, kijang dan burung kuang.
(vii) Bekerjasama dengan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk mebangunkan kawasan-kawasan sanctuary bagi pengurusan populasi hidupan liar yang diancam kepupusan ekoran kehilangan habitat.
(viii) Menjalankan program Communication, Education dan Public Awareness (CEPA) secara berterusan
Sekian, terima kasih.​


Attachments