Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

11 December 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

55

Soalan

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah sementara Kerajaan bagi menangani banjir yang sentiasa menimpa penduduk Rantau Panjang memandangkan projek tebatan banjir hanya akan dibina dalam RMK akan datang.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) telah mengagihkan peruntukan kepada JPS Negeri untuk melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir bagi langkah sementara Kerajaan untuk menangani banjir di Negeri Kelantan. Kerja-kerja berkenaan telah dan sedang dilaksanakan di seluruh Negeri Kelantan termasuk di kawasan lembangan Rantau Panjang bagi memastikan risiko kejadian banjir dapat dikurangkan.
Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok Fasa 1 telah bermula pada 23 April 2018 dan dijangka siap pada 22 April 2022 dengan siling kos projek sebanyak RM300 juta. Kerja-kerja awalan sedang dilaksanakan di tapak dan kemajuan terkini projek adalah sebanyak 5%. Peruntukan tahunan yang diluluskan bagi projek ini adalah berdasarkan kepada unjuran keperluan sebenar projek mengikut unjuran kemajuan pelaksanaan projek.
Sekian, terima kasih​


Attachments