Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

12 December 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

40

Soalan

Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan persediaan Jabatan Pengairan dan Saliran dalam memastikan skim rancangan tebatan banjir dan sistem saliran di seluruh negara di selenggara dengan baik sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda negara terutama negeri-negeri di Pantai Timur.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
Antara program yang dilaksanakan oleh Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) untuk mengurangkan risiko kejadian banjir bagi persediaan menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda negara adalah :
1) Projek Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir Pelbagai Negeri bagi mengurangkan risiko banjir di seluruh negara dimana untuk tahun 2018 ini sejumlah RM 128.9 juta peruntukan telah diluluskan dan telah diagihkan ke seluruh Negara melalui JPS negeri. Kerja-kerja telah dan sedang dilaksanakan di seluruh Negara.
Skop kerja yang terlibat di bawah peruntukan ini adalah kerja pengorekan sungai, muara sungai, pembinaan struktur hakisan tebing sungai, membuang kelodak, sampah, sisa pepejal, pemotongan rumput, menaiktaraf dan menyelenggara aset/struktur kawalan banjir yang bertujuan mengurangkan risiko banjir.
2) Kerja-Kerja Kecil Kecemasan Luar Jangka bagi menaiktaraf sistem saliran dan struktur-struktur saliran dan ban pantai bagi mengurangkan kejadian banjir kilat dan juga banjir akibat limpahan air laut. Sejumlah RM 30.93 juta telah diperuntukkan diseluruh Negara dalam tahun 2018 dimana sebahagian kerja telah siap dilaksanakan dan sebahagian kerja sedang dilaksanakan.
Sekian, terima kasih​


Attachments