Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

12 December 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

56

Soalan

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan berapakah jumlah pemilik permit eksport pasir dan tanah keluar negara diberikan kepada individu atau syarikat di seluruh negara sehingga 31 Oktober 2018​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli bertanggungjawab mengeluarkan Lesen Eksport (AP) mineral dan bahan batuan berdasarkan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2017 di bawah Akta Kastam 1967. Di bawah Perintah tersebut, pasir diletakkan di dalam Jadual Kedua iaitu dikategorikan sebagai bahan yang dilarang untuk dieksport kecuali mempunyai AP.
Sehingga 30 November 2018, sebanyak 5 syarikat telah diberikan AP bagi mengeksport pasir oleh Kementerian ini dan kesemua AP tersebut telah luput.
Sekian, terima kasih​


Attachments