Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

12 December 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

60

Soalan

Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah terdapat badan untuk menguruskan harta pusaka di peringkat Persekutuan.
SOALAN NO. : 60


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
Pengurusan harta pusaka merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Jadual Ke-9 : Senarai 1 – Persekutuan Perenggan 4 (e) (i).
Terdapat 3 agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan harta pusaka di Malaysia dengan bidangkuasa masing-masing, iaitu:
1) Mahakamah Tinggi (Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97] – bagi harta pusaka yang nilaiannya melebihi RM2 Juta dan bagi harta simati bukan Islam yang meninggalkan wasiat di bawah Akta Wasiat 1959;
2) Bahagian Pembahagian Pusaka di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98]) – bagi harta pusaka yang nilaian keseluruhannya di bawah RM2 Juta dan hendaklah mempunyai harta tak alih sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada harta si mati tersebut; dan
3) Amanah Raya Berhad (Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995 [Akta 532]) – bagi harta pusaka yang hanya terdiri daripada harta alih sahaja dan nilaiannya tidak melebihi RM600,000.00.
SOALAN NO. : 60​


Attachments