Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air, Sektor Air

Nombor Soalan

41

Soalan

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah 3 jambatan di kawasan Pontian akan dibina akibat runtuh seperti berikut: :-

(a) Jambatan Sepah Beruang di Benut; dan
(b) Jambatan Parit Selangor – Parit Markom di Benut dan Jambatan Parit Wak Suradi di Benut.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, projek-projek berkenaan adalah di bawah peruntukan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor dan Kerajaan Negeri Johor di mana Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Johor adalah agensi pelaksana bagi projek-projek berkenaan. Peruntukan bagi pelaksanaan projek-projek berkenaan disalurkan terus kepada JPS Negeri Johor dan tidak melalui Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli.Status pelaksanaan projek adalah seperti berikut;

1) Jambatan Sepah Beruang di Benut
 #Peruntukan Pejabat Pembangunan Negeri Johor (PPNJ)
 #Dalam tindakan PPNJ.

2) Jambatan Parit Selangor – Parit Markom di Benut
 #Peruntukan PPNJ
 #Kerja-kerja pembinaan telah mula dilaksanakan pada 16 April 2018 dan dijangka siap pada akhir November 2018.

3) Jambatan Parit Wak Suradi di Benut.
 #Peruntukan Kerajaan Negeri Johor
 #Kerja-kerja pembinaan telah mula dilaksanakan pada 18 September 2018 dijangka siap pada akhir November 2018.

Sekian, terima kasih

Attachments