Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

134

Soalan

Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan berapa tunggakan terkini bagi bil Indah Water mengikut kategori dan setiap negeri.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
 
1. Sehingga 30 September 2018, jumlah tunggakan terkumpul bil perkhidmatan pembetungan Indah Water Konsortium (IWK) adalah sebanyak RM973.25 juta (termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST)) atau hampir 11.85% daripada jumlah keseluruhan bil perkhidmatan pembetungan yang telah dibilkan kepada pengguna. Berikut merupakan tunggakan terkini mengikut kategori dan setiap negeri:
 
 
2. Daripada jumlah tersebut, kategori domestik merupakan penyumbang tertinggi dengan tunggakan terkumpul sebanyak RM570.9 juta atau 58.6% daripada jumlah tunggakan IWK. Secara keseluruhannya pula, sebanyak 1.5 juta akaun pengguna yang mempunyai bil tertunggak melebihi 12 bulan.
 
3. IWK sentiasa meningkatkan usaha mengutip bil tertunggak dengan melaksanakan pelbagai inisiatif seperti menghantar notis peringatan, Pelan Ansuran, Surat Tuntutan Hutang ("Letter of Demand"), menyenarai hitam nama pelanggan melalui CTOS dan juga tindakan undang-undang.
 
4. Tindakan undang-undang seperti menghantar saman kepada pengguna yang memandang remeh terhadap pembayaran bil perkhidmatan pembetungan IWK juga turut diambil. Hasil daripada kes-kes saman yang berjaya, mahkamah juga telah membenarkan tindakan seperti Writ Penyitaan Dan Penjualan ("Writ of Seizure and Sale"), Saman Penghutang Penghakiman ("Judgment Debtor Summon") dan Prosiding Garnisan ("Garnishee Proceeding") untuk IWK mengutip hutang-hutang yang tertunggak.
 
5. Jumlah bil tertunggak kumulatif sehingga 31 Disember 2017 yang telah berjaya dikutip setakat 30 September 2018 ialah RM202.13 juta. IWK akan terus berusaha mengebil dan mengutip tunggakan daripada penghutang-penghutang yang sedia ada.
Sekian, terima kasih.

Attachments