Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

182

Soalan

Dato’ Hasbullah Bin Osman [Gerik] meminta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha Kementerian untuk mengatasi masalah pemburuan haram terutama dalam Hutan Royal Belum terutama pembunuhan fauna bernilai tinggi seperti gajah, harimau belang, rusa, kijang dan lain-lain akibat daripada pemburu haram dari negara jiran serta dalam negara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Taman Negeri Royal Belum yang mempunyai keluasan 117,500 hektar diwartakan bawah Enakmen Perbadanan Negeri Perak 2001 pada 17 April 2007 dan diuruskan oleh Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Taman Negeri Perak.
 
Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan PERHILITAN turut membantu dan bekerjasama dengan pihak Perbadanan Taman Negeri Perak bagi membanteras aktiviti pencerobohan dan pemburuan haram yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.
 
Antara usaha yang telah dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN bagi mengatasi pemburuan haram adalah seperti berikut;
 
a) Meningkatkan rondaan dan operasi secara berkala di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti menjadi "hot spot" bagi pemburu haram;
 
b) Melakukan operasi mencari dan memusnahkan jerat yang dipasang oleh pemburu, di mana tahun 2018 telah diisytiharkan sebagai Tahun Memerangi Jerat;
 
c) Menjalankan operasi bersepadu bersama Angkatan Tentera Malaysia bagi menangkap warga asing dan tempatan yang menceroboh kawasan perlindungan yang menjadi habitat harimau Malaya dan hidupan liar yang lain;
 
d) Melaksanakan Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (National Tiger Conservation Action Plan) pada tahun 2008. Pelan ini menggariskan strategi pemuliharaan Harimau Malaya secara holistik dengan menyediakan tindakan khusus sehingga tahun 2020 bagi meningkatkan populasi harimau;
e) Menjalankan kerjasama dengan NGO-NGO seperti Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT) dari aspek penyelidikan, rondaan kawasan perlindungan dan penyaluran maklumat; dan
 
f) Kerjasama agensi-agensi Negeri yang berkaitan dari segi penguatkuasaan, perlindungan kawasan dan penyelidikan.
 
Sekian, terima kasih.
Attachments