Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

185

Soalan

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah projek tebatan banjir untuk dapat dilaksanakan bagi mengatasi banjir kilat yang sering melanda Bandar Gerik yang difahamkan telah diluluskan lebih dari RM70 juta.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
 
Projek Rancangan Tebatan Banjir Gerik, Hulu Perak telah diluluskan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM74juta dalam Rolling Plan3 (2018) RMKe-11. Projek ini mula dilaksanakanpada tahun 2018 dan dijangka siap pada tahun 2021. Untuk tahun pertama 2018, peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM200 ribu bagi pelaksanaan kerja-kerja awalan iaitu kerja-kerja ukur dan rekabentuk terperinci. Walaubagaimanapun, pihak Kementerian Kewangan (MOF) telah memutuskan untuk ditangguhkan pelaksanaan projek ke tahun 2019. Peruntukan yang disediakan adalah berdasarkan keperluan kewangan selaras dengan kemajuan pelaksanaan projek.
 
Sekian, terima kasih

Attachments