Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

252

Soalan

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah pihak Kerajaan akan meneruskan peruntukan tahunan bagi program pembersihan sungai di kampung-kampung melalui Jabatan Perairan dan Saliran di negeri Sarawak dan apakah langkah Kerajaan bagi masalah hakisan di Rumah Sebastian Madang Skim Rancangan Sepupok, Rumah Mandau, Sungai Bakam dan hakisan pantai di Kampung Kuala Lajong dan Kuala Sibuti

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
 
Program pembersihan sungaiadalahsatu program di bawah projek pemuliharaan sungai untuk mengatasi risiko banjir yang telah diluluskan di dalam RMKe-11 melibatkan pembersihan sungai-sungai utama di seluruh Malaysia. Ianya dilaksanakan setiap tahun tertakluk kepada peruntukan tahunan yang diluluskan dan senarai keutamaan.
 
Bagi masalah di kawasan-kawasan yang dinyatakan,Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli telahmembuat permohonan di dalam RMKe-11 tetapi projek-projek tersebut tidak diluluskan keranakeutamaan diberikan kepada projek-projek yang lebih kritikal di seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun, Kementerian akan mengangkat permohonan tersebut bagi bagi tahun hadapan.
 
Sekian, terima kasih

Attachments