Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

322

Soalan

​ Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ]minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLImenyatakan bilakah wang sebanyak RM36 juta yang telah diluluskan untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan Beruas, Perak akan disalurkan supaya kerja-kerja mengatasi masalah banjir dapat dimulakan.

Jawapan

​Tuan Yang di-Pertua,
 
Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan SungaiBeruas, Peraktelah diluluskan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM36.8 juta dalam Rolling Plan3 (2018) RMKe-11. Untuk tahun pertama 2018, peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM200 ribu bagi pelaksanaan kerja-kerja awalan iaitu kerja-kerja ukur dan rekabentuk terperinci. Projek dijangka akan ditenderpada tahun 2019dan dijangka siap pada tahun 2020. Peruntukan yang disediakan adalah berdasarkan keperluan kewangan selaras dengan kemajuan pelaksanaan projek.
 
Sekian, terima kasih

Attachments