Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

467

Soalan

 Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perancangan untuk membina projek benteng pemecah ombak di Kuala Dungun Terengganu untuk memudahkan pelancong dan nelayan keluar masuk muara terutama pada musim tengkujuh dengan selamat.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,
 
Kajian Pemuliharaan Muara Sungai Dungun, Terengganu telah siap dilaksanakan pada tahun 2010 dan struktur pemecah ombak dicadangkan bagi mengatasi masalah muara yang cetek dan terdedah kepada laut China Selatan. Permohonan peruntukan telah dipohon tetapi tidak diluluskan bagi memberikeutamaan kepada muara sungai yang lain. Permohonan peruntukan akan dipohon dalam rolling plan (RP) seterusnya.
 
Sekian, terima kasih
Attachments