Tuan Yang di-Pertua,
Lombong ini dilengkapi dengan 2 unit sistem continuous monitoring yang ditempatkan ditangki loji cyanide bagi memantau hydrogen cyanide yang terlepas ke udara sebelum memulakan operasi loji berkenaan. Tahap toleransi hydrogen cyanide akan dipantau supaya tidah melebihi permissible exposure limit iaitu 10 ppm. Alat ini akan memberikan isyarat bunyi sekiranya tahap gas melebihi had yang dibenarkan.
Selain itu, sejak Februari 2009, sebanyak 5 lawatan lombong telah diadakan, hasil pemeriksaan mendapati kandungan cyanide dalam air sungai di beberapa kawasan dihulu dan hilir Sungai Koman yang berdekatan kolam lombong tersebut menunjukkan bacaan di bawah 0.1 mg per litre iaitu menepati peraturan dibawah Akta Alam Sekeliling (Kumbahan dan Efluen-efluen Perindustrian).
Memandangkan lombong tersebut telah menutup operasinya sejak 4 tahun yang lalu dan berdasarkan hasil pemantauan yang dibuat, Kementerian ini tiada cadangan untuk menubuhkan independent task force.
Sekian, terima kasih.