Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

18 December 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

61

Soalan

Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah Bin Abu Shah minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan mengapa Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) yang menguruskan permohonan dan pembahagian harta pusaka hampir 70% bagi Harta Alih dan Harta Tak Alih hanya merupakan satu bahagian sahaja walhal BPP ini menguruskan harta pusaka bagi seluruh Negara termasuk Wilayah Persekutuan, Labuan kecuali Sabah dan Sarawak.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Adalah dimaklumkan, bilangan perjawatan di Bahagian Pembahagian Harta Pusaka, JKPTG ialah sebanyak 246 perjawatan. Sehingga kini pengisian adalah sebanyak 229 perjawatan (93%) di 11 negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Untuk makluman dewan yang mulia ini, terdapat Jawatan Sementara Perubahan Skim (JSPS) seramai 7 orang yang akan mengisi perjawatan daripada kekosongan yang sedia ada.
Sehingga kini, had bidang kuasa pembahagian harta pusaka kecil yang diuruskan oleh Bahagian Pembahagian Pusaka adalah tidak melebihi RM 2juta. Pada tahun 2018 Jabatan menetapkan 80% permohonan baharu (bagi kes yang tiada masalah) diselesaikan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh permohonan, namun demikian peratus pencapaian adalah 83% iaitu melebihi sasaran yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun usaha-usaha secara berperingkat dilaksanakan oleh JKPTG untuk memastikan keperluan perjawatan bersesuaian dengan keperluan semasa berdasarkan peningkatan permohonan (workload) di Bahagian Pembahagian Harta Pusaka.
Sekian, terima kasih.​


Attachments