Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

19 December 2018

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Air

Nombor Soalan

15

Soalan

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status RTB Teluk Kumbar, RTB Pondok Upeh dan RTB Teluk Bahang yang telah diluluskan. Bilakah kerja-kerja pembinaan boleh bermula.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang telah diluluskan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM10 juta. Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pondok Upeh / Sungai Burong, Pulau Pinang juga telah diluluskan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM10 juta. Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang pula telah diluluskan dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM8 juta.
Ketiga-tiga projek berkenaan telah diluluskan dalam Rolling Plan 3 (2018) RMKe-11. Projek-projek ini akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut proses perolehan perunding dan tender kerja yang perlu dipatuhi.
Kerja-kerja fizikal di tapak bagi RTB Teluk Kumbar dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2019 dan Kerja-kerja fizikal di tapak bagi RTB RTB Pondok Upeh / Sungai Burong dan RTB Teluk Bahang dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2020.

Sekian, terima kasih​

Attachments