Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 1

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2018

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

69

Soalan

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI (KATS) menyatakan berapakah jumlah pendakwaan di mahkamah ke atas pelaku-pelaku yang melakukan pembalakan haram di seluruh negara dan apakah hukuman yang telah dikenakan.

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua,
 
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di Semenanjung Malaysia sebanyak 117 kes pembalakan haram dibawah peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] telah dikesan dan dibuka kertas siasatan dari tahun 2010 sehingga September 2018. Dalam tempoh tersebut terdapat lima (5) kes pembalakan haram yang telah dibuat pertuduhan di Mahkamah iaitu tiga (3) kes didakwa di Mahkamah Rendah Johor Bahru dan dua (2) kes di Mahkamah Rendah Kuala Kangsar, Perak, manakala 112 kes lagi masih dalam tindakan siasatan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Hukuman yang telah dikenakan adalah seperti di Jadual 4.
 
Kesalahan pembalakan haram di Sarawak adalah di bawah peruntukan Ordinan Hutan 2015. Sebanyak dua puluh (20) buah kes telah didaftarkan di dalam sistem e-filing dan dibawa ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan oleh pihak Peguam Besar Negeri Sarawak. Bagi tahun 2015 sebanyak dua kes telah didakwa di Mahkamah yang melibatkan 2 orang pelaku dan hukuman yang dikenakan adalah discharged and acquitted. Bagi tahun 2016, sebanyak 13 kes telah didaftarkan yang melibatkan 24 orang pelaku. dan hukuman yang telah dikenakan adalah 6 orang dijatuhkan hukuman dibawah peruntukan Ordinan Hutan 2015, 2 kes digugurkan, 2 kes discharged and acquitted dan 1 kes discharged not amounting to an acquittal. Bagi tahun 2017, sebanyak 3 kes telah didaftarkan yang melibatkan satu syarikat dan 3 pelaku dan hukuman yang dikenakan adalah discharged and acquitted bagi satu syarikat dan dua pelaku manakala seorang lagi pelaku telah dikenakan hukuman di bawah peruntukan Ordinan Hutan Sarawak 2015. Bagi tahun 2018, sebanyak dua kes telah didaftarkan yang melibatkan 12 orang pelaku dan kedua-dua kes telah berjaya dijatuhkan hukuman di bawah peruntukan Ordinan Hutan 2015.
 
Kesalahan pembalakan haram di Sabah adalah dibawah peruntukan Enakmen Hutan 1968. Sebanyak 31 kes telah dibawa ke mahkamah bagi tujuan pendakwaan oleh pihak Peguam Besar Negeri Sabah sejak tahun 2014. Bagi tahun 2014, seramai 5 orang telah dikenakan hukuman penjara dan seorang pelaku dikenakan hukuman Discharge Not Amounting to an Acquittal (DNAA), bagi tahun 2015 2 kes telah didakwa di Mahkamah dan 5 orang telah dihukum penjara manakala 2 orang lagi dikenakan bond of good behaviour. Bagi tahun 2016 sebanyak 13 kes telah didakwa di Mahkamah dan 20 orang telah dikenakan hukuman penjara. Bagi tahun 2017, sebanyak 9 kes telah didakwa di Mahkamah dan 19 orang telah dikenakan hukuman penjara. Bagi tahun 2018 (setakat Oktober) sebanyak 3 kes telah didakwa di Mahkamah dan 7 orang telah dikenakan hukuman penjara.
 
Sekian, terima kasih.

Attachments