Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

12 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

20

Soalan

​​Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah peruntukan bagi pelaksanaan projek-projek tebatan banjir untuk Pulau Pinang dan adakah termasuk RM1 bilion yang dijanjikan kepada Pulau Pinang sebelum ini. Apakah status Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang.

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

Jumlah peruntukan untuk projek tebatan banjir yang akan disalurkan kepada negeri Pulau Pinang bagi tahun 2019 adalah sebanyak RM21.08 juta yang meliputi projek seperti berikut :
1) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang;
2) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Kumbar, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang;
3) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Bahang, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang;
4) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Pondok Upeh / Sungai Burong, Pulau Pinang; dan
5) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kechil, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Peruntukan ini adalah anggaran keperluan aliran tunai projek bagi tahun 2019 yang antaranya merangkumi peruntukan bagi pelantikan perunding reka bentuk terperinci, pelantikan perunding kerja ukur dan penyiasatan tanah serta tender kerja.
Kelima-lima senarai projek yang dinyatakan tadi adalah antara projek-projek yang disenaraikan di dalam projek tebatan banjir yang bernilai RM1 Billion.
Status terkini RTB Lembangan Sungai Pinang adalah seperti berikut :
1) Kerja-kerja reka bentuk terperinci sedang dilaksanakan oleh perunding yang dilantik.
2) Bagi pelantikan perunding kerja ukur, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam proses perolehan perunding kerja ukur.

Sekian, terima kasih​


Attachments