Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

12 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

55

Soalan

TUAN JONATHAN YASIN minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah Pembinaan Loji Rawatan Air Kundasang akan dimulakan.​

Jawapan

​​​​​

Tuan Yang di-Pertua,

Projek Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Kundasang telah diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dengan peruntukan sebanyak RM161,930,233.00. LRA ini dijangka menampung sehingga 15 juta liter sehari (JLH) bagi kawasan sekitar penduduk Kundasang.
Projek ini telah melalui proses penilaian tender. Kerja-kerja pembinaan dijangka akan bermula pada bulan April 2019. Projek ini dijangka siap pada tahun 2021.

Sekian, terima kasih​


Attachments