Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

13 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

65

Soalan

DATO' SRI HAJAH NANCY SHUKRI minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah peruntukan bagi menggantikan sistem saluran paip, menaik taraf loji rawatan air, pembangunan sumber air mentah dan membina kolam takungan di Sarawak.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Di bawah Rolling Plan Keempat (RP4 - 2019-2020) Rancangan Malaysia Kesebelas, Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan pinjaman berjumlah RM1.747 bilion bagi kerja-kerja penggantian saluran paip, menaiktaraf loji rawatan air, pembangunan sumber air mentah dan pembinaan kolam takungan di Sarawak. Daripada jumlah itu, RM81.2 juta adalah untuk tahun 2019.

2. Dalam pada itu, Kerajaan Persekutuan turut menyediakan peruntukan geran berjumlah RM71 juta di bawah RP4 bagi membantu Sarawak menguruskan isu Non-Revenue Water dengan lebih berkesan. Dari jumlah itu, RM10.8 juta adalah bagi peruntukan tahun 2019.

Sekian, terima kasih.​


Attachments