Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

14 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

46

Soalan

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad [Mersing] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah status Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian dan bilakah ianya akan dilaksanakan​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) dilaksanakan secara berfasa. PRAB Fasa 1 yang melibatkan 3 lembangan sungai iaitu Lembangan Sungai Kelantan, Lembangan Sungai Terengganu dan Lembangan Sungai Pahang telah tamat diuji jalan sepenuhnya pada Disember 2018. Fasa 1 ini akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2019. Bagi PRAB Fasa 2 yang merupakan kesinambungan daripada PRAB Fasa 1, ia akan melibatkan 38 lembangan sungai. Fasa 2 ini masih di peringkat perancangan dan reka bentuk. Keseluruhan program ini di jangka akan siap dilaksanakan dalam RMKe-12.

Sekian, terima kasih​


Attachments