Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

14 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

48

Soalan

DATO' SRI DR. HAJI ISMAIL BIN MOHAMED SAID [ KUALA KRAU ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan status terkini perjanjian Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PAMPS).

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor (PPAMPS) dibina bagi menyalurkan air mentah berjumlah 1890 juta liter sehari (JLH) daripada Pahang ke Selangor. Perjanjian jual beli air mentah di antara Pahang dan Selangor telah dimeterai pada 22 November 2007, di mana Selangor akan membayar kepada Pahang sebanyak RM0.10 bagi setiap meter padu air mentah yang dibekalkan. Projek ini telah siap sepenuhnya pada 3 Mac 2015.

Sekian, terima kasih.​


Attachments