Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

18 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

63

Soalan

Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian dalam menangani hakisan tebing sungai yang dihadapi oleh penduduk kampung di kawasan Parlimen Tenom hingga menimbulkan kerosakan tanaman dan mengancam keselamatan penduduk.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diperuntukkan kos siling projek sebanyak RM50 juta dalam Rolling Plan Ke-2 (2017), RMKe-11 bagi pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Padas, Lembangan Sungai Padas, Tenom. Pelaksanaan projek ini adalah bagi menangani kemusnahan harta benda, tanaman dan ancaman kepada penduduk akibat banjir serta runtuhan tebing di Tenom. Komponen projek merangkumi pembinaan ban banjir sepanjang 3.85km di Sungai Padas untuk mengelakkan limpahan banjir ke kawasan Pekan Tenom termasuk juga membaiki tebing-tebing sungai kawasan yang berhampiran.

Projek tersebut masih dalam proses reka bentuk terperinci dan kerja-kerja fizikal dijangka akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2019.

Sekian, terima kasih​


Attachments