Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

18 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

77

Soalan

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah perbincangan akan diadakan dengan Kementerian Pertanian Industri Asas Tani berhubung kadar pelepasan air mentah dari Empangan Muda dan Empangan Beris sebagai langkah memastikan takungan air mentah adalah mencukupi dalam menghadapi musim kemarau yang dijangka sehingga Mei 2019. Jika tidak, apakah langkah yang akan diambil merujuk kepada fenomena El Nino pada tahun 2016.

Jawapan

​​​

Tuan Yang di-Pertua,

Mesyuarat Penyelarasan dan Penetapan Jadual Bekalan Air di Lembangan Sungai Muda Bagi Musim 1/2019 bagi membincangkan agihan sumber air di Lembangan Sungai Muda telah diadakan pada 26 Februari 2019. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh pegawai daripada Pejabat Lembangan Sungai Muda (PLSM), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) (iaitu bagi pihak Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli- KATS) dan Integrated Agriculture Develepoment Area (IADA) Pulau Pinang (iaitu bagi pihak Kementerian Pertanian Industri Asas Tani). Agenda perbincangan adalah melibatkan perkara-perkara pengemaskinian Standard of procedure (SOP) Operasi Kemarau yang sedia ada termasuklah pengagihan sumber air dan penjadualan semula tanaman padi.

Dalam aspek memastikan kecukupan sumber air di masa akan datang, KATS melalui JPS telah membangunkan satu sistem pengurusan sumber air yang bersepadu iaitu dinamakan National Water Balance Management System Sungai Muda (NAWABS). Objektif projek NAWABS adalah menambahbaik pengurusan sumber air dalam mengoptimumkan penggunaan dan agihan sumber air serta memampankan kolaborasi dalam tadbir urus pembangunan sumber air. Projek NAWABS yang melibatkan Lembangan Sungai Muda kini telahpun 80% siap.
Pihak MADA bertanggungjawab menyelia tiga (3) buah empangan iaitu Empangan Muda, Pedu dan Ahning. Empangan Muda dan Pedu merupakan takungan utama bagi tujuan pengairan aktiviti penanaman padi dua (2) kali setahun dalam Kawasan Muda dan juga sumber bekalan air domestik/ industri bagi kawasan Kedah Utara, Pulau Langkawi dan sebahagian Negeri Perlis. Pelepasan air dibuat melalui Empangan Pedu bagi tujuan tersebut.

Pelepasan air mentah oleh Empangan Muda hanya dibuat sekiranya terdapat permohonan daripada kerajaan negeri sepertimana pelepasan sebanyak 33mm3 bagi menangani kekurangan air dalam lembangan Sungai Muda pada bulan April dan Mei 2016 semasa fenomena el-nino. Penyelarasan dari masa ke semasa akan dibuat bersama Pejabat Pengurusan Lembangan Sungai Muda di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi memastikan paras air Sungai Muda mencukupi. Pada kebiasaannya, kekurangan air di Sungai Muda akan ditampung oleh pelepasan air daripada Empangan Beris terlebih dahulu sebelum Empangan Muda. Pihak MADA sentiasa memantau tahap takungan air di kesemua empangan bagi memastikan tindakan proaktif dan dapat dilaksanakan dalam menangani sebarang kemungkinan.

Sekian, terima kasih.​


Attachments