Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

19 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

40

Soalan

DATO’ MASIR KUJAT minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah tekanan bekalan air rendah di Sri Aman

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Persekutuan sentiasa memastikan keperluan rakyat ke atas sumber air terawat sentiasa dijaga demi menjamin kesejahteraan hidup rakyat. Dalam hal ini, Kerajaan telah melaksanakan projek pembinaan loji, kolam takungan dan paip untuk bekalan air Sri Aman dengan peruntukan berjumlah RM100 juta dan projek ini telah siap pada tahun 2017 bagi tujuan mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan tersebut.

Sekian , terima kasih.​


Attachments