Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

21 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

52

Soalan

Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan 50% baki perlaksanaan Projek Waterfront di Sg. Papar. Projek ini sangat penting untuk Pekan Papar sebagai penarik pelancong dalam dan luar negara.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman, projek 'waterfront' di Sungai Papar telah dilaksanakan sepanjang 250 meter daripada 500 meter panjang mengikut perancangan asal. Projek Fasa 1 sepanjang 250 meter tersebut mula dilaksanakan pada 16 Julai 2014 dan siap pada 23 Februari 2016 dengan kos berjumlah RM10 juta.
Untuk Fasa 2, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Sabah telah membuat permohonan peruntukan untuk melaksanakan projek berkenaan. Permohonan berkenaan masih dalam pertimbangan Kementerian.

Sekian, terima kasih​

Attachments