Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

26 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

3

Soalan

​YBTM

DATUK ROZMAN BIN ISLI minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sampai tahun bilakah kapasiti bekalan air dari Sabah ke Labuan yang ada sekarang mencukupi dan apakah perancangan masa depan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Kapasiti loji-loji sedia ada berupaya untuk memenuhi permintaan bekalan air ke Labuan sehingga tahun 2030 yang berkapasiti 75 MLD. Berdasarkan kajian yang telah dibuat pada tahun 2017, satu projek telah diluluskan sebagai perancangan jangka masa pendek iaitu pembinaan Kolam Takungan Air atau Off River Storage (ORS) Kina Benua dengan izin bagi memastikan sumber air mencukupi. Selain itu, terdapat juga kerja-kerja menaiktaraf loji-loji sedia ada di Labuan sedang dilaksanakan. Manakala untuk perancangan jangka masa panjang, terdapat dua projek yang masih dalam proses pertimbangan iaitu pembinaan Ganggarak Coastal Resevior dengan izin dan juga Loji Rawatan Air (LRA) Kina Benua

Sekian, terima kasih.​

Attachments