Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

26 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Air

Nombor Soalan

23

Soalan

​Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah projek-projek tebatan banjir di Sungai Pinang dan Sungai Jelutong di Jelutong Pulau Pinang dijangka disiapkan.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Projek tebatan banjir di kawasan Jelutong adalah projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang di Daerah Timur Laut. Projek ini merupakan projek RTB yang diluluskan ddalam Rolling Plan-2 (2017) RMKe-11 dengan kos siling projek sebanyak RM150 Juta.
Projek ini meliputi lembangan Sungai Pinang seluas 51 km persegi yang meliputi 40 peratus kawasan dalam Daerah Timur Laut serta merangkumi enam cabang anak sungai iaitu Sungai Jelutong, Sungai Air Itam, Sungai Air Terjun, Sungai Dondang, Sungai Air Putih dan Sungai Kecil.
Pelaksanaan kerja-kerja fizikal bagi projek ini dijangka akan siap dilaksanakan pada tahun 2024.

Sekian, terima kasih​


Attachments