Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

26 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

66

Soalan

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan tentang industri bauksit yang telah mencemarkan alam sekitar di Kuantan suatu ketika dahulu dan telah dibuka semula oleh Kerajaan pada tahun ini.​

Jawapan


Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan industri mineral, telah mengambilkira pelbagai faktor dalam menggubal SOP aktiviti perlombongan dan pengekspotan bauksit. Ini termasuklah kemampanan dan hala tuju industri mineral, kelestarian alam sekitar, keselamatan dan kesihatan awam, kesan limpahan ekonomi (economic spill over) dan lain-lain.

Penyelarasan fungsi dan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri turut diambilkira dalam menangani perkara ini. Kelulusan bagi sebarang pajakan melombong dan lesen melombong tuan punya adalah terletak di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN), manakala pihak kerajaan Persekutuan pula bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan mineral dilaksanakan secara mampan dan lestari melalui penambahbaikan peraturan, prosedur, garis panduan yang berkaitan dengan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit.

Pematuhan terhadap SOP ini oleh semua penggiat industri akan menjadikan industri perlombongan lebih teratur, berkesan dan memberikan penekanan terhadap kesejahteraan penduduk serta alam sekitar.

Secara asasnya, SOP baharu berkaitan aktiviti perlombongan bauksit telah menekankan prosedur-prosedur peringkat sebelum perlombongan (pre-mining), semasa perlombongan (during mining) dan selepas perlombongan (post-mining). Keperluan kelulusan laporan EIA bagi
setiap permohonan perlombongan adalah merupakan syarat utama yang akan diwajibkan.

Sekian, terima kasih.

Attachments