Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

28 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

3

Soalan

YBTM

Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada sasaran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) untuk mencapai target keluasan Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 juta hektar menjelang tahun 2020 boleh tercapai.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Disember 2018, keluasan kawasan berhutan di Semenanjung yang direkodkan adalah berjumlah 5,758,262 hektar iaitu 44% daripada keluasan tanah Semenanjung. Daripada jumlah tersebut, seluas 4,803,350 hektar (37%) telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313].

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) juga telah mengenal pasti kawasan-kawasan hutan dalam tanah kerajaan yang berpotensi untuk dijadikan sebagai Hutan Simpanan Kekal iaitu seluas 115,399 hektar. Dalam hubungan ini, kementerian berharap dengan kerjasama dan komitmen tinggi dari Kerajaan-kerajaan Negeri dalam menyegerakan pewartaan Hutan Simpanan Kekal dan mengenalpasti kawasan baru yang berpotensi untuk dijadikan Hutan Simpanan Kekal, sasaran yang ditetapkan dijangka boleh dicapai pada akhir tahun 2020.

Sekian, terima kasih.​

Attachments