Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

28 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

35

Soalan

​​Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah terdapat aktiviti mengorek pasir secara haram dan pencerobohan di tanah milik Kerajaan

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Aktiviti pengorekan pasir di tanah milik Kerajaan adalah tertakluk kepada kelulusan permit atau lesen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Sekiranya berlaku pencerobohan atau pengorekan pasir secara haram, tindakan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri masing-masing.

Bagi aktiviti pengorekan pasir di Pelantar Benua iaitu kawasan lautan selepas 3 batu nautika daripada tikas air surut adalah tertakluk kepada kelulusan lesen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli merujuk kepada Akta Pelantar Benua 1966. Sekiranya berlaku pengorekan pasir secara haram, tindakan pemantauan pengorekan pasir akan dibuat oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Sekian, terima kasih.​


Attachments