Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

28 March 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

63

Soalan

YB PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR [PERMATANG PAUH] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan:
(a) kadar kenaikan tarif air yang akan dikenakan pada setiap negeri berdasarkan ‘Tariff Setting Mechanism’ (TSM) baru; dan
(b) impak tarif ini dari segi kepelbagaian kos kepada pengguna domestik dan komersial.


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Pelarasan tarif yang di bawah Mekanisme Penetapan Tarif Air (Tariff Setting Mechanism) atau ringkasnya TSM secara umumnya adalah berbeza di antara negeri.

2. Secara umumnya pelarasan tarif yang dicadangkan untuk dilaksanakan melalui TSM melibatkan purata kenaikan yang minimum di antara 0.06 sen sehingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter penggunaan. Perbezaan ketara purata kenaikan tarif ini adalah berdasarkan tarikh akhir semakan tarif dibuat. Antara contohnya, semakan tarif terakhir bagi negeri Pahang pada 1983 (36 tahun). Oleh yang demikian, purata kenaikan negeri Pahang adalah yang tertinggi iaitu 0.71 sen (88%) berbanding negeri Johor yang telah membuat semakan tarif pada tahun 2015 dengan purata kenaikan hanya sebanyak 0.06 sen (1.6%) sahaja. Tambahan lagi, perbezaan purata kenaikan tarif ini juga disebabkan oleh perbelanjaan dan tanggungan kos penyediaan perkhidmatan bekalan air setiap operator negeri adalah berbeza dan lazimnya semakin meningkat dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan masing-masing malah bentuk geografi muka bumi yang berbeza bagi setiap negeri.

3. Berdasarkan analsis yang dibuat, impak kenaikan tarif ini kepada pengguna domestik dan bukan domestik adalah minimum. Sebagai contoh, penggunaan isi rumah bagi 20,000 liter sebulan akan hanya mengalami kenaikan bil antara RM1.00 hingga RM6.60 sebulan. Manakala bagi pengguna bukan domestik, kenaikan bil air bulanan antara RM1.75 hingga RM19.75 berdasarkan anggaran purata semasa penggunaan air sebanyak 35,000 liter sebulan.

Sekian, terima kasih.​


Attachments