Tuan Yang di-Pertua,
Pindaan Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) masih di peringkat rundingan dengan Kerajaan Negeri dan pihak-pihak yang berkepentingan.
Bagi pindaan Akta Hakmilik Strata 1985 (AHS) pula, Kementerian masih di peringkat kajian untuk meminda AHS bagi memudah cara pembangunan semula skim strata, serta menambah baik prosedur permohonan hakmilik strata sedia ada. Proses ini akan mengambil masa kerana melibatkan engagement yang menyeluruh dengan stakeholders termasuklah rundingan dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri.
Kedua-dua Rang Undang-undang (Pindaan) berkaitan dijangka boleh dibentangkan di Parlimen pada tahun 2020.
Sekian, terima kasih.