Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

01 April 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Mineral & Geosains

Nombor Soalan

64

Soalan

DATO' NGEH KOO HAM [BERUAS]​ Minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan telah meluluskan kelulusan khas mengeksport pasir ke luar negara melalui surat bertarikh 30/8/2017 [(No. Rujukan: NRE604-2/3/8 Jld. 3(3)) kepada Asal Jasa Sdn. Bhd. (1133222-P) untuk syarikat ini bekerjasama dengan Syarikat Alligence Systems Sdn. Bhd. (No. Lesen: JKPTG/SPHP/(S)/8-2 SK 151 (55) dan No. Resit Permit: 02010115002009) melombong pasir di bawah Seksyen 4 Akta Pelantar Benua 1996 (Disemak 1972) di luar perairan negeri Perak seluas 287.7 km persegi.

Jawapan

Yang di-Pertua,

Kelulusan khas kepada syarikat tersebut merupakan suatu keputusan dasar berdasarkan arahan Kerajaan terdahulu dan lesen eksport hanya akan dikeluarkan sekiranya syarat yang ditetapkan itu dipenuhi terlebih dahulu.
Namun pada masa ini, Kerajaan telahpun membuat suatu dasar baharu berhubung pengeksportan pasir negara. Dalam hal ini, pertimbangan terhadap permohonan pengeksportan pasir bergantung kepada keperluan pasir dalam negara. Kerajaan juga telah memutuskan bahawa pasir laut hanyalah untuk kegunaan tempatan.
Berhubung dengan kerjasama antara syarikat Asal Jasa Sdn Bhd. dan syarikat Alligence Systems Sdn. Bhd, ia adalah persetujuan antara entiti perniagaan (business to business).

Sekian, terima kasih.​

Attachments