Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

02 April 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Sektor Air

Nombor Soalan

62

Soalan

Dato' Ngeh Koo Ham minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan mengapa pihak pemaju perlu membuat sumbangan kewangan kepada Indah Water Konsortium (IWK) semasa memajukan sesuatu projek padahal IWK mengutip bayaran daripada pemilik premis.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sebenarnya, sumbangan kewangan yang dibuat oleh pihak pemaju adalah kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (KWSMP) dan bukanlah kepada Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

2. Ingin dijelaskan bahawa sebagai Agensi Perakuan Pembetungan (APP) yang dilantik SPAN, salah satu tugas IWK ialah untuk mengutip bayaran KWSMP daripada pemaju yang kemudiannya akan disalurkan kepada SPAN. Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa IWK yang mengutip bayaran daripada pemaju.

Sekian, terima kasih.​

Attachments