Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

03 April 2019

Tahun Persidangan

2019

Kategori

Hutan

Nombor Soalan

36

Soalan

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Santubong] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan sama ada kajian oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Forest Research Institute Malaysia (FRIM) berhubung dengan perancangan untuk mengubah Dasar Perhutanan Negara kepada hutan simpanan kekal dan peladangan hutan diteruskan dan bila siap. Kalau tidak kenapa.​

Jawapan

​​

Tuan Yang di-Pertua,

Dasar Perhutanan Negara 1978 telah dipinda pada 25 Ogos 1978 dan seterusnya diluluskan oleh Majlis Tanah Negara pada 19 November 1992. Pelaksanaan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) yang terpakai di Semenanjung Malaysia turut merangkumi pengisytiharan Hutan Simpanan Kekal dan ladang hutan. Walau bagaimanapun, Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) kini dalam usaha mengkaji dan menyediakan suatu Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia yang lebih menyeluruh untuk memastikan sektor perhutanan terus menyumbang ke arah pencapaian pembangunan negara. Dasar ini dijangka siap pada penghujung tahun 2019.

Sekian, terima kasih​

Attachments