Tuan Yang di-Pertua,
Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang sedang dilaksanakan di Parlimen Nibong Tebal adalah RTB Lembangan Sungai Kerian - Kerja-kerja Membina Ban dan Struktur di Kg. Tanjung Berembang/ Taman Sempadan dan Kg. Teluk Ipil/ Kg. Teluk, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Projek ini sedang dilaksanakan ditapak dengan kemajuan fizikal sebenar adalah 94% daripada 98% (jadual) dan dijangka siap pada Jun 2019. Jumlah kos projek RTB Kerian Pulau Pinang termasuk kos pengambilan tanah ialah RM97.4 juta. Peruntukan yang digunakan untuk melaksanakan projek RTB Kerian adalah daripada Pakej Rangsangan Khas (PFI 2) bermula tahun 2012.
Projek RTB yang akan dilaksanakan pula adalah projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kechil, Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Projek ini diluluskan di dalam Rolling Plan-4 (2019) RMKe-11 dengan kos siling projek sebanyak RM16.5 Juta.
Perancangan jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir di sepanjang Sungai Jawi Parlimen Nibong Tebal adalah dengan melaksanakan kajian komprehensif bagi menyelesaikan masalah banjir secara holistik di Pulau Pinang dan Kedah dengan mengambil kira impak aliran air, faktor perubahan iklim (banjir monsun dan banjir kilat), pembangunan dan perubahan guna tanah di lembangan sungai yang terlibat di Negeri Kedah dan Pulau Pinang. Ini adalah kerana hulu lembangan Sungai Jawi berada di dalam Negeri Kedah dan sebarang aktiviti dilembangan Sungai Jawi di Negeri Kedah akan memberi kesan kepada hilir sungai Jawi di Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih